Majlis Pernikahan dan Persandingan Ratna+Fyrdous telah selamat berlangsung.
Majlis Pernikahan diadakan di dewan Masjid Shah Alam oleh pakcik Fyrdous sendiri. Si Ratna & family bleh plak datang terlambat sikit, sampaikan pengantin untuk sesi selepas mereka da sampai pun, terpaksalah diorang tunggu dulu kat luar dewan nikah. Rupa-rupanya, pengantin yang lagi satu tu, kawan Ratna juga..
Majlis Persandingan di kediaman keluarga Ratna. Hari tersangatlah panas, cerah, langit membiru. Mereka mengenakan busana kuning diraja.
Majlis berlangsung dengan lancar sekali, di akhiri dengan sesi video dan fotografi di sekitar kawasan kediaman mereka.
Sebelum majlis ini, kami ada buat satu sesi prewedding (sila rujuk post sebelum ini). Dalam masa borak2 tu baru la tau rupanya Ratna ni kawan Ayuni+Yazid, juga kawan Hidayah.. Fyrdous ni plak saudara Ehsan+Elli. Nama2 tadi semua adalah ex-klien aku. Takdir telah menemukan kami semua. Fyrdous ni rupanya dulu pun penah masuk balai sekali dengan aku masa sambut tahun baru beberapa tahun dulu hahaha!!
Semoga berbahagia buat Ratna+Fyrdous.
Kita wajib percaya semua yang berlaku, jodoh dan apa2 saja semuanya adalah qadaq dan qadar, ketentuan Allah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.































